Monday, July 10, 2006

Kanser Payudara

Kanser payu dara
Pengenalan :
Kanser payu dara merupakan kanser atau barah yang paling kerap meyerang wanita. Di anggarkan 1 dari 12 wanita menghadapi risiko mengidap kanser ini dalam hidup mereka. Wanita diantara umur 45 dan 55 tahun berada dalam kategori paling berisiko.

Apakah faktor penyebab kanser payu dara?
Ia terjadi mungkin akibat :
Faktor geografi : wanita barat lebih kerap menghidap barah ini.
Umur : Sangat jarang berlaku dibawah umur 20 tahun. Tetapi lebih kerap terjadi selepas itu.
Jantina : Lelaki menghadapi risiko mendapat kanser ini sebanyak 1% saja
Diet : Lebih terdedah jika makan lebih lemak dan berat badan lebih
Endokrin : Lebih kerap pada wanita yang tidak pernah melahirkan anak

Apakah tanda-tanda mendapat kanser ini ?
Ada kebengkakan pada buah dada
Buah dada berubah bentuk
Puting termasuk kedalam
Kulit buah dada berubah seperti kemerahan dan berkedut
Sakit pada buah dada
Tanda-tanda akibat perebakan sel-sel barah :
Bengkak kalenjar
Perebakan pada dinding dada

Apakah penyiasatan saringan dan diagnosis untuk kanser payu dara ?

Pemeriksaan sendiri payu dara (PSP)
Pemeriksaan klinikal payu dara
Mammografi : Xray untuk melihat tisu payu dara
Ultrasound : untuk memeriksa jenis kebengkakan
Biopsi : pemeriksaan secara mengambil sedikit tisu buah dada untuk pemeriksaan patologi
Peyiasatan untuk melihat perebakan :
Ujian fungsi hati
Skan isotop untuk melihat perebakan pada tulang
Xray dada

Apakah rawatan untuk kanser payu dara ?
Pembedahan (pada peringkat awal): samada radical atau simple mastectomy.
Radioterapi : sebagai rawatan tambahan kepada pembedahan
Jika sudah teruk dan tidak dapat dibedah :
Rawatan endokrin@hormon
Rawatan ubat cytotoxic

Barah Pangkal Rahim

Penyakit Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)

Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Kes barah pangkal rahim semakin meningkat setiap tahun. Jika barah pangkal rahim tidak dikesan dan dirawat awal barah pangkal rahim boleh membawa maut.

Apa Itu Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

Serviks adalah pangkal rahim. Rahim merupakan bahagian badan di mana janin berkembang. Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.

Dalam barah pangkal rahim (Kanser Serviks), sel-sel di serviks tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini bolek merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.
Barah pangkal rahim (Kanser Serviks) mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim (serviks). Ini disebut peringkat pra-kanser.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
Perdarahan dan faral antara haid atau selepas perhubungan seks.
Sebarang perdarahan dan faraj selepas putus haid.

Apakah Faktor Risiko Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

Tabiat seks
memulakan perhubungan seks pada usia muda atau mempunyai pasangan seks yang ramai (bertukar pasangan).

Agen jangkitan
terdapat bukti yang mengkaitkan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) dengan jangkitan virus
Human Papilloma.
Tidak menjaga kebersihan diri.
Menghisap tembakau.
Apa Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Melindungi Diri Anda Dari Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)?

Oleh kerana wanita yang aktif seks boleh mengidap barah pangkal rahim (Kanser Serviks), adalah penting untuk mengesannya awal-awal lagi.
Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian Pap Smear ini boleh mengesan barah pangkal rahim (Kanser Serviks) pada peningkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Bagaimana Ujian PAP Smear Dilakukan?

Sel-sel diambil secara berhati-hati dari permukaan rahim "servik" dan diletakkan di atas slaid kaca seterusnya dihantar ke makmal untuk pemeriksaan mikroskopik.
Apakah Keputusan Yang Akan Diperolehi? Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya. Pada sesetengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal kanser. Apabila ini terjadi ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya dilakukan.

Apakah Tindakan-Susulan Yang Akan Diambil?

Jika terdapat sebarang keluarbiasaan, seseorang itu akan dirawat atau dirujuk untuk penyiasatan dan rawatan selanjutnya.

Di Manakah Ujian PAP Smear Boleh Didapati?
Ujian ini boleh didapati di:
Pusat Kesihatan Kerajaan
Klinik Perancang Keluarga
Hospital/Klinik Swasta
Siapa Yang Harus Menjalani Ujian Ujian PAP Smear?

Wanita berumur antara 20 - 65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian Ujian PAP Smear.

Berapa Kerapkali Ujian Ujian PAP Smear Harus Dilakukan?

Ujian Ujian PAP Smear hendaklah dilakukan 3 tahun sekali.

Bilakah Masa Yang Terbaik Untuk Menjalani Ujian Ujian PAP Smear?

Ujian PAP Smear terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid.

Wednesday, July 05, 2006

Menagawal Masalah Pigmentasi

Petua Kesihatan Oleh DR. AMRAN AHMAD
SEMENJAK kebelakangan ini permintaan terhadap produk kecantikan yang menjanjikan kulit yang cerah dan bersih tanpa masalah pigmentasi semakin meningkat.Walaupun begitu, oleh kerana maklumat mendalam mengenai pigmentasi sukar diperoleh, kebanyakan para pengguna memilih rawatan atau produk yang terlalu mahal, bahaya atau tidak berkesan.
Kulit merupakan lapisan yang melindungi struktur anatomi badan dan organ dalaman. Tetapi untuk kebanyakan lelaki dan wanita, kulit adalah simbol kecantikan seseorang. Kulit yang licin dan bersih melambangkan kulit yang sihat manakala kulit yang bertompok-tompok gelap melambangkan sebaliknya.Melainkan jerawat, masalah pigmentasi adalah antara masalah kulit utama yang merunsingkan kebanyakan orang.
Apakah pigmentasi?
Pernahkah anda bertanya pada diri sendiri mengapa manusia mempunyai warna kulit yang berbeza-beza?Sebab utama perbezaan ini adalah kerana kewujudan melanin yang dihasilkan oleh sel pigmen yang dipanggil melanocytes. Sel-sel ini terletak di lapisan basal epidermis, iaitu lapisan teratas permukaan kulit.Warna kulit seseorang bergantung kepada jumlah dan taburan melanin kulit. Ini bermakna semakin banyak jumlah melanin, semakin gelap warna kulit seseorang.Selain menentukan warna kulit seseorang, melanin juga didapati bertindak sebagai pelindung kulit daripada radiasi ultralembayung, mengurangkan kesan terbakar matahari, mengurangkan risiko kanser kulit dan juga mengawal pengeluaran vitamin D yang berlebihan.
Pengeluaran melanin pula bergantung kepada aktiviti pemangkin suatu enzim yang dipanggil tyrosinase.Terdapat dua jenis pigmen melanin yang boleh dihasilkan oleh manusia, jenis yang berwarna coklat atau pheomelanin dan yang berwarna perang kemerahan yang dikenali sebagai eumelanin.Keabnormalan pigmentasi.
Secara amnya, terdapat dua jenis masalah atau keabnormalan pigmentasi iaitu hiperpigmentasi dan hipopigmentasi.
a. Hiperpigmentasi
Hiperpigmentasi berlaku apabila melanin dihasilkan secara berlebihan. Ini mungkin disebabkan faktor genetik, perubahan hormon, kehamilan, penggunaan pil perancang keluarga dan juga kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan.Aktiviti berjemur atau suntanning juga boleh menyebabkan hiperpigmentasi. Masalah ini boleh timbul dalam pelbagai bentuk seperti freckles dan melasma di kalangan orang dewasa atau tanda kelahiran (cafe au lait spots) dan tompok biru (Mongolian spots) pada kanak-kanak.
b. Hipopigmentasi
Hipopigmentasi berlaku disebabkan kekurangan jumlah pigmen pada kulit. Masalah ini akan timbul dalam bentuk kebalaran atau albinism di mana kulit tidak boleh menghasilkan melanin.Vitiligo pula terjadi sewaktu kehilangan pigmen tanpa apa-apa sebab yang ketara atau penyakit. Hipopigmentasi juga boleh disebabkan oleh kecederaan, ubat dan bahan kimia.RawatanTerdapat pelbagai jenis rawatan untuk masalah pigmentasi. Rawatan akan bergantung kepada tahap masalah yang dihadapi.
Masalah pigmentasi yang ringan boleh dirawat dengan produk yang boleh dibeli di kedai atau farmasi, manakala masalah yang lebih serius memerlukan rawatan seorang pakar kulit.Rawatan untuk hiperpigmentasi boleh dirawat dengan kaedah kosmetik (seperti chemical peeling), rawatan laser dan pembedahan ringan, contohnya pemindahan kulit sihat kepada bahagian yang bermasalah.Masalah hipopigmentasi seperti vitiligo pula boleh dirawat dengan menggunakan steroid, oral dan topical photo chemotherapy dan juga ubat-ubatan yang membantu mengawal sistem imun atau ketahanan badan. Kaedah pemindahan sel pigmen juga boleh membantu.
Peringatan penting
Segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan sekiranya anda mengalami keadaan seperti berikut:-
Kawasan warna kulit abnormal berubah saiz, bentuk atau warna- Masalah pigmentasi berterusan atau tidak berkurangan walaupun setelah mendapat rawatan- Masalah pigmentasi mengganggu keupayaan fizikal.
Dapatkan panduan daripada doktor atau ahli farmasi yang berdekatan mengenai penggunaan produk untuk merawat masalah pigmentasi anda.
** Credit : UtusanOnline

Kelebihan tongkat ali, kacip fatimah.......

Kelebihan tongkat ali, kacip fatimah dan pegagaTIGA jenis herba, TONGKAT ALI atau nama saintifiknya Eurycoma longifolia, KACIP FATIMAH (Labisa pumila) dan PEGAGA (Centella asiatica) merupakan spesies ubatan yang selama ini cuma digunakan dalam perubatan tradisional.
Ketiga-tiganya telah digunakan sejak turun-temurun sebagai penawar pelbagai jenis penyakit di samping untuk penjagaan kesihatan harian.Berikutan industri herba yang semakin berkembang, ketiga-tiga pokok berkenaan juga menjadi bahan asas makanan kesihatan yang melibatkan perniagaan berbilion ringgit.
Tongkat ali merupakan spesies dari keluarga Simaroubaceae dan turut dikenali sebagai PENAWAR PAHIT, BEDARA PAHIT, TONGKAT BAGINDA, PASAK BUMI dan SETUNJANG BUMI.Timbalan Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr. Rasadah Mat Ali berkata, seperti diketahui ramai, pati rebusan akar tongkat ali boleh memberi kekuatan tenaga batin, khususnya kepada lelaki.Katanya, ia juga digunakan untuk merawat demam yang berulang dan sebagai tonik terutama bagi ibu-ibu lepas bersalin."Selain itu, ekstrak akarnya mempunyai kesan antimalaria, air rendaman atau jus kulit akar boleh digunakan untuk demam, cirit-birit dan pembengkakan.""Pati rebusan akarnya dipercayai boleh mengurangkan sakit-sakit tulang sementara pati rebusan daunnya digunakan untuk merawat kegatalan di badan," katanya.
Menurut Dr. Rasadah, kacip fatimah dari keluarga Myrsinaceae juga dikenali sebagai SELUSUH FATIMAH, RUMPUT SITI FATIMAH, AKAR FATIMAH, POKOK PINGGANG, TADAH MATAHARI dan BUNGA BELANGKAS HUTAN."Pati rebusannya bukan saja digunakan untuk wanita selepas bersalin malah boleh mempercepat proses melahirkan anak.""Ia berkesan sebagai penawar sakit angin dalam perut, disentri, masalah ketika haid dan penyakit kelamin," jelasnya.
Pegaga pula dikenali sebagai PENGGAGA, PEGAGA TEKUKUR, DAUN KAKI KUDA (Jawa), GAGAN-GAGAN (Sunda) dan ANTANAN (Siam)."Dengan memakan pegaga sama ada sebagai ulam atau dimakan begitu saja, ia boleh mengubati keloid, skleroderma, lupus, selulitis, dan leprosi (kusta).""Jika dimakan dalam jumlah kecil ia boleh menambah selera, membantu penghadaman dan mengatasi masalah usus kanak-kanak manakala jusnya sebagai tonik menyejukkan badan, merawat ulser, sifilis dan kelenjar limfa,'' jelas Dr. Rasadah.Sementara itu, FRIM akan mengadakan Seminar Tumbuhan Ubatan 2002 bertemakan Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan Pegaga: Dimensi Baru Penjagaan Kesihatan Komplimentari pada 20 dan 21 Ogos ini.
Seminar itu akan mengetengahkan penemuan-penemuan saintifik dari pelbagai pihak dan institusi yang akan dibincangkan oleh para peserta.Sesiapa yang berminat boleh menghubungi pengerusi jawatankuasa seminar, Dr. Mohd. Ilham Adenan menerusi telefon 03-62797000.Sementara itu, Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM) juga akan mengadakan beberapa siri Bengkel Herba Ubatan Malaysia 2002 berikutan kejayaan siri pertama yang berakhir Jumaat lalu.Melalui bengkel itu, peserta didedahkan kepada kaedah pengurusan tanaman herba yang betul dan menjalani proses kultur tisu atau pengklonan.Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Fellow Laboratori Fitoubatan, Profesor Dr. Maziah Mahmood menerusi telefon 03-89466703.** Credit : UtusanOnline - RAMLI ABDUL KARIM

Atasi Perut Buncit

Perut buncit dan boroi sudah tentu memalu kan samada lelaki mahupun wanita.cuba petua ini untuk mengurangkannya. Ambil tiga cubit bedak sejuk dan campur- kannya dengan sedikit kapur sirih dan air perahan limau nipis. Gaulkan semua bahan tadi dan lumurkan pada perut. Biarkan ia kering seketika kemudian ikat perut dengan sehelai kain. Amalkan sebelum anda tidur malam. Ambil perhatian kapur sireh yang berlebihan akan membuat perut anda panas.........

Petua Untuk Masalah Sakit Perut dan Senggugut



1. Bagi menghilangkan sakit perut cuba petua ini. Ambil bawang merah dan
ramas-ramas pada bahagian pusat. Lakukan beberapa kali dan anda pasti akan
berasa lega sendiri.

2. Senggugut memang menyakitkan.Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang
tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air
suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

3. Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia kedalam segelas air
suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat.
Hasilnya senggugut akan hilang.

Petua Untuk Masalah Keputihan dan Kencing Tidak Lawas

1. Sesetengah wanita mengalami masalah keputihan dan gatal. Cuba cara ini, ramas
12 helai daun sirih bersama seliter air suam. Tapis dan gunakan air itu untuk membasuh
kemaluan anda, dimulakan dengan selawat. Selain menghilangkan gatal dam bau
ia juga berupaya merapatkan kembali bahagian sulit.

2. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya sekali dan cuci bersih serta direbus
didalam periuk. Setelah mendidih, angkat serta bubuh sedikit garam. Kemudian cuci
kemaluan dengan air rebusan yang suam. Lakukan tiga kali seminggu. Keputihan dan
gatal-gatal akan hilang.

3. Jika anda mengalami kencing berdarah atau tidak lawas, ambil segenggam barli,
basuh dan rebus hingga kembang. Masukkan sebuku garam. Apabila hendak minum
campurkan sedikit gula. Amalkan setiap hari hingga penyakit anda senbuh.

4. Ambil lobak putih, dibersih dan diparut halus. Campurkan bersama beberapa ketul
gula batu dan embunkan semalaman. Selawat tiga kali dan minum setiap pagi. Anda
tidak lagi sukar membuang air kecil.

Tuesday, July 04, 2006

Cara kira berat badan

Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi

Indeks Jisim Tubuh : Berat tubuh badan bahagi Ketinggian kali Ketinggian

Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m
Mual-mula kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336
Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan
BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6

Sekiranya BMI anda :
* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan
* 20 hingga 24.9,anda terdiri dari berat badan yang normal
* 25 hingga 29.9,berat badan anda mulai berlebihan
* 30 dan keatas,anda adalah obese

Testing

Testing-testing..